Jumaat, 3 Disember 2010

kelahiran

Tanggal 31 oktober 2010, kakak aku yang kahwin 31 disember lepas telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki.
                                           Namanya Mohd Akmal Firdaus.          

Moga mudah-mudahan dengan lahirnya cahaya mata pertama ni akan menambahkan keberkatan dan kebaikan kepada keluarga kakak saya dan suami.

Dalam menyambut kelahiran ini adalah baik dapat mempraktiskan sunnah2 dalam menyambutnya. Permulaan yang baik ini untuk bayi yang baru melangkah ke dunia ini insyaallah akan membawa segala kebaikan di dalam kehidupannya. Antara sunnah itu ialah:

1.Azan di teling kanan dan iqamat di telinga kiri
hikmah: ajar anak tauhid dan kenal Allah dan usir hasutan syaitan yang sentiasa tunggu untuk mengganggunya.

dalil: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & al-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahwa ia adalah `qarinah’, yaitu jin.

2.Tahnik (Gosok lelangit bayi dengan kurma)
kaifiyah (cara):kunyah kurma, letak atas jari dan ratakan atas mulut bayi. Sebaiknya dilakukan orang yang bertakwa.

dalil:Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

3.Cukur rambut dan sedekah
Kaifiyah : cukur hari ketujuh dan sedekah kepada orang fakir dengan perak seberat potongan rambut itu.

dalil: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, emdan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

4.Beri nama baik
Bagi nama hari pertama, dalil: hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Bagi nama hari ketujuh, dalil:riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan).

Kesimpulannya bagilah nama hari pertama @ ke-3 @ ke-7. Islam bagi kelonggaran atas hal ini.

5.Aqiqah
Aqiqah hari ketujuh. Namun Imam Malik berpendapat dibolehkan hari-hari lain seperti hari ke-14 dan seterusnya.

dalil:Hadis Rasulullah s.a.w.:
Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)


6.Beri ucapan selamat
Setiap muslim kena bagi ucapan selamat kepada ibubapa bayi dan doakan mereka serta bergembira.

dalil:Firman Allah Taala:
Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39) 

Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahwa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu:"Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya." 


Sumber :http://soni69.tripod.com/fiqh/fiqh_bayi.htm

Isnin, 1 November 2010

agama dan dunia part 2

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."(al-an'am al-an'kabut ayat 64).

dunia ibarat bayang-bayang,
tak melambangkan kehidupan sebenar,
akan hilang bila-bila,
seorang kaya akan kaya sementara,
begitu juga jika miskin.

wujudnya bayang2 kerana ada cahaya,
cahaya hilang, maka bayang2 akan hilang,
dunia pula tidak akan dicipta melainkan adanya nabi Muhammad,
dan nabi tak diutus melainkan untuk agama,

siapa kejar bayang-bayang,
maka bayang-bayang akan jauhi dirinya,
begitu juga siapa kejar dunia,
dunia akan menjadi sempit di dalam dadanya.

siapa kejar cahaya,
bayang-bayang akan mengekorinya,
begitu juga agama,
siapa ikut agama dia dapat agama,
dan dunia akan datang menunduk padanya.

kesimpulannya,
berusahalah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi,
dan zuhudkan lah diri dengan kehidupan dunia,
jadikan dunia jambatan menuju ke akhirat.

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma.katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم menepuk kedua belikatku, lalu bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang gharib -yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asalnya - atau sebagai orang yang menyeberangi jalan - yakni amat sebentar sekali di dunia ini."
Ibnu Umar berkata: "Jikalau engkau di waktu petang, maka janganlah menantikan waktu pagi dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang - untuk beramal baik itu, ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu, sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu." (Riwayat Bukhari)

Wassalam

Isnin, 11 Oktober 2010

Agama dan dunia

Agama umpama cahaya,
Menerangi kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.

Dunia umpama bayang2,
Ia hanya khayalan,
dan ia sementara.

Wujudnya bayang2 dek kerana adanya cahaya,
Begitu juga dunia,
diciptakan kerana Nabi Muhammad,
dan tidak akan diutus Muhammad,
melainkan kerana agama. 

Orang yang mengejar dunia ibarat mengejar bayang-bayangnya,
Semakin dikejar, semakin ia menjauhi,
dan apabila seseorang menjauhi cahaya kerana dek leka mengejar bayang-bayangnya,
bukan sahaja bayang-bayangnya tak dapat dikejar,
bahkan,
bayang-bayangnya akan menjadi semakin kecil dan ia akan menghilang.

Tapi apabila seseorang itu mendekati cahaya,
Bayang-bayang akan menjelma di belakangnya,
Semakin ia mendekati cahaya,
Semakin membesar bayang2nya,
dan apabila cahaya itu dijunjung ke mana2,
ia akan menyuluh jalan yang ditempuhnya,
dan bayang-bayang akan sentiasa mengekorinya.

Nukilan,
Fatah87razik

p/s: Ini adalah sedikit tamsilan ataupun perumpamaan hasil ilham yang Allah telah beri pada saya. Penerangan tentang tamsilan ini akan diterangkan pada entri akan datang. Insyaallah..........

Ahad, 16 Mei 2010

Keluar 4 bulan India Pakistan Bangladesh (IPB)

    Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya ALLAH telah bagi peluang yang ada untuk update blog ini. Kesibukan dalam menguruskan kehidupan sehari-hari terutama PSM - thesis yang perlu disiapkan menjadi sebab utama aku sibuk kebelakangan ini. Sesungguhnya ALLAH telah uji aku dengan keadaan yang agak rumit dalam menyiapkan thesis ini, namun pada masa yang sama aku dapati dalam tempoh ini aku

Semakin hampir padaNYA.
Semakin mengharapkan pertolonganNYA.
Semakin tinggi tawajjuh kepadaNYA.
Mungkin jika aku dipermudahkan dalam urusan thesis ini awal2 lagi,
Mungkin aku akan lalai dan tidak tawajjuh terhadap bantuan ALLAH,
Semoga ujian ini melatih aku untuk tingkatkan iman pada ALLAH
 "Adakah kamu katakan dirimu beriman selagimana kamu tidak diuji"

Ya ALLAH,
Jika ini tarbiyyahmu untuk memilihku keluar di jalanMU,
Aku reda, aku pasrah.
Ya ALLAH,
Pilihlah aku untuk keluar 4 bulan IPB di jalanMU,
Secepat mungkin YA ALLAH.

   Tanggal 15 Mei 2010, seramai 8 orang karkun UTM Skudai telah ALLAH pilih untuk keluar IPB. Mereka bertolak jam 9 pagi menuju ke India dengan transit di Sri Lanka. Sebelum itu, seramai 2 orang telah berlepas lebih awal pada 7 Mei, Jumaat. Aku tak dapat ikut sama atas kelewatan aku tiba di Markas Sri Petaling atas urusan peribadi. Sedikit rasa hiba juga aku tak dapat bersama untuk keluar lebih awal bersama mereka. Ya ALLAH, berapa jauh perjalanan akhirat aku telah tertinggal daripada mereka. Namun aku mengharap ALLAH beri aku sesuatu yang terbaik untukku. Pada petanngnya pula kira2 jam 3.15 pula 1 rombongan dari UTM pula berangkat pergi ke Arab Saudi dalam rangka program Global Outreach oleh Pusat Islam UTM. Mereka dikhabarkan akan melakukan umrah disamping program lawatan ke universiti sekitar Makkah atau Madinah.

    Sekarang, aku bersama dengan beberapa karkun lain dari universiti lain bersama menunggu masa untuk keluar 4 bulan. Ada dari UTHM, UMS, UKM dan UITM. Semoga ALLAH pilih kami semua. Mungkin ini kali terakhir aku menulis entri kali ini sebelum keluar di jalan ALLAH selama 4 bulan. Mohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Semoga ALLAH pilih kita lagi dan lagi untuk kekal dalam iman dan buat usaha atas iman. Insyaallah.

Sabtu, 17 April 2010

Persoalan

Berdasarkan entri Kakakku kahwin lagi dan lagi. Ada berapa adik-beradik aku? Berapa lelaki dan berapa perempuan? aku anak keberapa? jawab..jawab...hi..hi..Semoga ALLAH bagi taufik hidayat untuk jawab.





Aku harap entri2 aku sebelum ni dapat la korang ambil manfaat walau sikit dan sedikit sebanyak perkenalkan diri aku. Untuk yang akan datang insyaallah pengisian lebih berfaedah dan berilmiah. Lebih banyak ceritakan pasal sirah nabi2, sahabat2 dan orang2 alim yang lebih banyak bagi manfaat dari sirah hidupku. Insyaallah doakan aku sukses dunia akhirat.

Kakakku kahwin lagi dan lagi(2)

Tanggal 30 januari 2010 .....
               Majlis sebelah lelaki berlangsung di binjai berjuntai bestari, Kuala Selangor. Kami sekeluarga bertolak bersama keluarga sebelah emak. ada dalam 6-7 kereta. Perjalanan ambil masa 3 jam jugak la dari banting ke Kuala Selangor ni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami balik lepas waktu zohor.
               Dan kira2 3 minggu selepas itu kakak saya yang sorang ni pulak kahwin. Kakak ni lebih tua daripada yang baru kahwin ni. Hai..kenapalah tak buat serentak ye masa tu?. Diapun kena menghadap mahkamah atas tujuan yang sama dengan adik dia yang baru kahwin bulan lepasnya. Apapun aku dengar walimah ni pada mulanya nak buat bulan 6. Tapi jadi cepat pulak ke tarikh 26 februari bersamaan dengan tarikh maulidur rasul. Sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa jadi cepat pulak (tak tanya mak pun). Tapi syukur la sekurang2 nya bukan waktu aku keluar 4 bulan IPB. Kalau tak jenuh jugak keluarga aku dan aku nak menjawabnya. Mungkin asbab ALLAH nak permudahkan aku keluar. Walllahua'lam. 
                 Majlis yang cukup ringkas disekalikan dengan sambutan maulidur rasul kg. aku kat masjid. Lepas isyak akad nikah. Kata tok kadi, record kedatangan paling ramai tengok akad nikah (yelah sekali dengan sambutan maulidur rasul). Majlis diakhiri dengan jamuan yang disponsor oleh keluarga aku. Majlis tamat malam tu jugak. Simple kan? . Zaman nabi dulu Rasullulah suruh sahabat2 ambil makanan kat rumah masing2 dan bawa ke rumahnya untuk makan sama2. Inilah walimah Rasulullah. Aku pun nanti nak 'majlis' macam tu jugak la (insyaallah). Simple.
                   Kira2 2 minggu lepas tu dalam tarikh 13 Mac, syarikat kakak aku tu pulak buatkan majlis pulak untuk dia (kakak yang lebih tua ni). Ni la sebabnya tajuk pada entri aku kali ni Kakakku kahwin lagi dan lagi. Rasanya masuk 3 kali aku balik kg. sem ni. Semuanya asbab kahwin. Kekerapan paling tinggi berbanding sem lain. Sem akhir dalam tahun pengajian aku di UTM Skudai. Takpe la,Sekurang2 nya aku boleh ikram keluarga. sebelum keluar 4 bulan.
                     Jadi boleh dikatakan hampir separuh sem aku kali ni dipenuhi dengan fikir pasal kahwin. Mana taknye pergi ceramah2 pun cerita pasal kahwin. Pergi markas pulak cerita pasal usaha masturat (usaha agama kalangan wanita). Lagi2 dah sem2 akhir ni. Apapun ALLAH masih pilih aku untuk fikir atas agama yang mulia ini. Banyak lagi manusia terutama pelajar yang masih jauh dari amalan agama dan dahagakan hidayat. Sekian entri kali ini. Andai terkasar bahasa, terlajak budi bicara. Mohon maaf sangat2. Yang baik dari ALLAH, yang buruk atas kelemahan diri saya. Hakikatnya, keduanya datang dari ALLAH. Wassalam

".Ya Allah berikanlah pada ku istri-istri / suami-suami,yang menjadikan permata hatiku,dan jadikanlah keluarga kami Imam bagi orang-orang yang bertakwa . " ( Q.S Al Furqan 74 ).

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.? (QS. An-Nuur : 32)

Selasa, 6 April 2010

Kakakku kahwin lagi dan lagi(1)

                 Ini satu cerita yang lama pun tak lama sangat. Kira-kira tahun lepas jugak, tanggal 31 Disember 2009, hari Khamis alhamdulillah kakakku selamat diijabkabulakan dengan jejaka pilihannnya yang aku panggil Abang Herman. Majlis ijab kabul sempurna dilaksanakan kat masjid olak lempit, banting selangor (muhalla aku yang belum dihidupkan 5 amal masjid, insyaallah doakan untuk hidup) selepas solat asar. Prosedur kahwin kakak aku agak menyulitkan, memandangkan ayah aku berstatus 'hilang'. Jadi perlu mohon wali hakim dan kena naik mahkamah untuk tujuan tersebut. Kalau ayah aku berstatus 'meninggal' mungkin aku atau abang sulung aku atau adik bongsu aku pulak yang menjadi wali sebab dua2 datuk aku sebelah mak dan ayah aku dah meninggal. Agak2 nya apa status ayah aku sekarang? Wallahua'alam.
                 Majlis walimah dah start sejak malam tu lagi sambil menanti New year 2010 (tak sambut pun) dan tamat secara rasminya tahun depannya 2 januari 2010 (lusanya) hari Sabtu. 4 Januari 2010 adalah waktu persekolahan bermula dan begitu jugak dengan waktu start kuliah balik untuk universiti. Jadi aku pun terpaksa balik Johor semula untuk habiskan sem terakhir aku (yehoo) manakala kakak aku yang kahwin ni cikgu sekolah dan aku rasa dia kena balik jugak untuk lakukan tugasan dia. Hai kesian. Bermula alam mengajar tahun baru 2010 dia dengan 'dunia baru'. Pada masa yang sama jugak kakak aku yang bawah dia ni baru habis KPLI dan diposting ke pontian sebagai guru. Mentang2 mak bapak cikgu. Anak2 pun jadi cikgu jugak. 
               Apapun cerita kahwin tak habis kat sini. Kira2 hampir sebulan jugak, ada kenduri sebelah pihak lelaki pulak yang mula2 dengar tak nak dibuat. Apapun for my family, aku balik jugak ke kampung dengan kakak aku yang kat Pontian tu untuk tujuan tersebut . Dijadikan cerita on the way balik aku kena tinggal dengan bas masa berhenti kat perhentian sebelah (kakak aku naik bas lain).Ceritanya aku qasar jap solat asar pastu aku pegi tandas jap. Keluar tandas bas dah gerak kat depan.Pergh!!!  tapi Alhamdullillah dengan takdir Allah aku tumpang bas lain and berjaya 'make it through'. Bas tu berhentikan aku kat tepi jalan sebab bas tu pegi klang dan aku turun Seremban. Aku pun bergegas pergi ke terminal Seremban untuk cari bas tu sebab bag aku yang berisi laptop tertinggal kat situ. Hanya tuhan saje yang tahu perasaan aku ketika itu. Tapi sebenarnya aku rasa rilek je.Mungkin cinta kat makhluk tu (laptop) takde kot. Apapun dipendekkan cerita aku sempat mendapatkan bag aku balik semula dengan selamatnya. ALHAMDULILLAH.
                  Walaubagaimanapun, jam dah menunjukkan kira2 8.00 malam, sedangkan aku janji ngan kakakku yang kat pontian tu jam 7.00 malam kat Seremban. Dia dah sampai NiLAI. Aku bergegas ke KTM untuk ke Nilai. Masa tunggu kat stesen KTM tu aku sempat jama' dan qasar solat maghrib dan isyak aku. Sampai2 kat Nilai aku rasa dalam jam 9.30 malam. Abang iparku (suami kakak yang lain) dan kakakku tengah tunggu. Diaorang mesti dah tunggu lama. Segala persoalan yang dilemparkan masa perjalanan balik dalam kereta kenapa aku lambat aku tak jawab memandangkan ke'tension'nan yang aku alami sepanjang perjalan balik. Bersambung la pulak ke entri lain.......

Jumaat, 26 Mac 2010

             Hari ini 27 Mac insyaallah aku akan keluar 1 1/2 hari dan esok 28 Mac ada JORR perhimpunan pelajar islam UTM di Masjid Seri Pulai. Majlis bermula kira2 jam 10 pagi hingga Zohor. Lepas zohor ada sedikit jamuan.Tujuan majlis untuk beri penerangan bagaimana kita usahakan iman yang sempurna dan betul pada ALLAH dan sediakan diri kita untuk tujuan tersebut. Muslimin only invited. Wassalam....... 

Teater Sabri Yunus di Pesta Konvo UTM

                 Malam tadi tanggal 26 Mac 2010 aku sempat berkunjung ke pesta konvo dalam kesibukan masa yang ada dengan assignment dan (projek sarjana muda)psm. Apa yang aku kira menarik adalah persembahan teater daripada Sabri Yunus yang aku tak berapa pasti tajuknya tapi yang pasti ia berkaitan kisah Ka'ab Bin Malik r.anhu tidak menyertai Peperangan Tabuk.
                 Sabri Yunus dilihat cuba membawa perasaan sedih dan kekesalan Ka'ab Bin Malik terhadap perbuatannya itu. Dalam kitab Fadha'il Amal ada menceritakan kisah ini yang mana ketika itu terdapat dua orang lagi sahabat yang tak menyertai peperangan itu iaitu Murah bin Rabi' dan Hilal bin Umaiyah. Kesemua mereka adalah ahli Badar.
                 Dipendekkan cerita, mereka dipulau (orang ramai dilarang bercakap dengan mereka bertiga) selama 50 hari. Dalam tempoh itu mereka bertiga cukup sedih. Antara peristiwa yang berlaku adalah pada hari ke-40 pemulauan datang perintah nabi supaya mengasingkan isteri, Raja Ghassan beragam Nasrani menghantar surat kepada Ka'ab bin Malik menawarkan bantuan dan pelbagai lagi sehingga datanglah perintah ALLAH membebaskan mereka dari pemulauan tersebut dan ALLAH menerima taubat mereka.
                  The moral of the story, lihatlah kesungguhan para sahabat terhadap segala perintah ALLAH dan rasulNya. Sehingga ada yang sanggup mengorbankan mengorbankan kemewahan akibat tidak melaksanakan perintah ALLAH dan rasulNya. Bagaimana kita hari ini umat islam dalam menjunjung perintah ALLAH dan rasulNya. 
            Bagaimana pula kita jika diletakkan di tempat Ka'ab bin Malik. Apa yang anda akan buat sekiranya tak semena-mena masyarakat atau rakan jemaah kita pulaukan kita atas tabiat buruk atau kesalahan yang kita lakukan. Adakah kita akan memohon ampun pada ALLAH @ mengikut ajakan musuh ALLAH supaya bersama mereka menentang Islam (na'uzubillah). Fikir2kan. Semoga ALLAH bagi taufik hidayat untuk kita sama2 amal dan sampaikan. 

Khamis, 25 Mac 2010

Solat hajat FKBSK di Surau Asy-syakirin KTC

                Tanggal 24 mac 2010, jam 7.00 hingga 9.00 telah diadakan satu majlis solat hajat Fakulti aku, Fakulti Bioperubatan dan sains kesihatan (FKBSK) sempena menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang 2 minggu lagi. Pada masa yang sama diadakan iftar KRU kat bahagian bawah surau. Lepas maghrib majlis mula dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Nasir Masroom dari HEP. Pengisiannya agak berkesan iaitu berkaitan prinsip TAWAKAL. Aku taklah ingat segala pengisiannya memandangkan aku 'buat2 kuat ingatan' dengan tak mengambil sebarang catatan. 

                Ok la apa yang aku ingat adalah bagaimana tawakalnya kita harus seperti burung yang mencari makan di waktu pagi kemudian pulang dengan perut yang kenyang. Ini sebenarnya petikan dari ayat quran yang aku tak berapa ingat ayatnya. Kemudian yang aku ingat beliau membahagikan yakin kepada beberapa bahagian iaitu antaranya mengetahui dengan mengetahui sifat2 ALLAH, yakin betul dengan asbab yang ada (yakin yang salah), yakin betul dengan kekuasaan ALLAH, sangka baik dengan ALLAH dan lain2.

                      Secara ringkasnya apa yang beliau nak bagitau adalah bahawa keyakinan harus diletakkan betul2 hanya kepada ALLAH. Walaupun dari segi lumrah rajin usaha dapat hasil, api panas, air sejuk dsb tetapi belum jadi satu jaminan dengan asbab sesuatu akan berlaku mengikut sangkaan kita. Boleh jadi ada orang rajin dapat result rendah, begitu juga sebaliknya, yang cantik kahwin lambat dan lain2. Jangan sekali2 keyakinan diletakkan 100 peratus pada asbab. Itu namanya overconfident (ustaz cakap). Contoh orang minta kerja dia ingat bila dah penuhi segala kriteria satu2 jawatan tu tapi bila minta pula boleh tak dapat. Rezeki semua di tangan ALLAH. 

                          TAWAKAL yang dibuat juga mesti disertai amalan atau usaha. Contoh diberi mafhum satu hadis nabi apabila seorang badwi bertanya nabi sama ada tinggalkan unta tanpa tali diikat pada tiang atau diikat? Nabi menjawab diikat dan bertawakallah. Kesimpulannya, letakkan lah keyakinan tanpa berbelah bagi pada ALLAH tidak kurang walau 0.01 peratus dalam mengerjakan segala usaha kita terutama student yang nak ambil periksa dalam waktu terdekat ini. - Maka apabila kamu berazam maka bertawakallah - 

p/s : majlis habis lepas isyak lepas solat hajat, penyampaian hadiah dan jamuan ~ SEKIAN 

Jumaat, 19 Mac 2010

satu catatan...

   Aku pun tak tau macam mana aku boleh rasa nak buat blog ni. Mungkin sedikit teruja bila tengok blog-blog yang ada sekarang ni lebih-lebih lagi yang sentuh bab-bab agama ni. Kat blog ni aku akan cuba share apa sahaja yang aku dapat melalui pengalaman dan ilmu yang aku ada. Apapun aku masih harap nasihat dari semua.

Link2 yang ada kat blog ni kebanyakannya mereka yang terlibat dengan usaha dakwah dengan pelbagai kefahaman yang aku kutip dari satu blog ke satu blog. Moga kita sama2 dapat manfaat dari mereka semua. List Blog budak2 baik kebanyakan budak2 UTM Skudai yang aku kenal, yang punya fikrah tertentu dalam usaha dakwah manakala rakan seusaha pulak mereka yang ada kena mengena dengan usaha 'tabligh'.

 Aku asingkan bukan nak merendahkan ataupun menidakkan antara satu sama lain. Melainkan supaya kita mudah memahami perbezaan kefahaman masing2 dalam sesuatu perkara. Aku akan cuba upgrade blog ni dari masa ke masa. Maklumlah baru belajar2 NAK JADI BAIK. Akhir kata doakan aku yang serba lemah ini supaya istiqamah dalam usaha agama. Doakan MOHD FATAKHULRAZIK BIN MISWAN supaya Allah terima keluar 4 bulan IPB habis belajar april Insyaallah. Amin......

Isnin, 1 Mac 2010

NAK JADI BAIK

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam buat junjungan baginda dan para sahabat, tabi' tabi'in dan mereka yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat.

Kita diperintahkan untuk berlaku baik dan Allah menyukai orang yang berlaku baik. Dalam satu mafhum hadis ada bagitau sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan sahaja Allah bagi satu pahala kebaikan sempurna. Kalau buat, Allah gandakan 10 hingga 700 kali ganda pahala. Kalau niat nak buat jahat, tapi tak buat Allah tak catatkan. Jika buat dapat satu dosa. Jika batalkan niat jahat pulak dapat satu pahala.
Tak ke pemurahnya Allah itu dan untungnya kita. Semoga Allah letakkan kita sentiasa dalam kebaikan dan penghujung hayat kita dengan husnul khatimah. Amin........