Ahad, 16 Mei 2010

Keluar 4 bulan India Pakistan Bangladesh (IPB)

    Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya ALLAH telah bagi peluang yang ada untuk update blog ini. Kesibukan dalam menguruskan kehidupan sehari-hari terutama PSM - thesis yang perlu disiapkan menjadi sebab utama aku sibuk kebelakangan ini. Sesungguhnya ALLAH telah uji aku dengan keadaan yang agak rumit dalam menyiapkan thesis ini, namun pada masa yang sama aku dapati dalam tempoh ini aku

Semakin hampir padaNYA.
Semakin mengharapkan pertolonganNYA.
Semakin tinggi tawajjuh kepadaNYA.
Mungkin jika aku dipermudahkan dalam urusan thesis ini awal2 lagi,
Mungkin aku akan lalai dan tidak tawajjuh terhadap bantuan ALLAH,
Semoga ujian ini melatih aku untuk tingkatkan iman pada ALLAH
 "Adakah kamu katakan dirimu beriman selagimana kamu tidak diuji"

Ya ALLAH,
Jika ini tarbiyyahmu untuk memilihku keluar di jalanMU,
Aku reda, aku pasrah.
Ya ALLAH,
Pilihlah aku untuk keluar 4 bulan IPB di jalanMU,
Secepat mungkin YA ALLAH.

   Tanggal 15 Mei 2010, seramai 8 orang karkun UTM Skudai telah ALLAH pilih untuk keluar IPB. Mereka bertolak jam 9 pagi menuju ke India dengan transit di Sri Lanka. Sebelum itu, seramai 2 orang telah berlepas lebih awal pada 7 Mei, Jumaat. Aku tak dapat ikut sama atas kelewatan aku tiba di Markas Sri Petaling atas urusan peribadi. Sedikit rasa hiba juga aku tak dapat bersama untuk keluar lebih awal bersama mereka. Ya ALLAH, berapa jauh perjalanan akhirat aku telah tertinggal daripada mereka. Namun aku mengharap ALLAH beri aku sesuatu yang terbaik untukku. Pada petanngnya pula kira2 jam 3.15 pula 1 rombongan dari UTM pula berangkat pergi ke Arab Saudi dalam rangka program Global Outreach oleh Pusat Islam UTM. Mereka dikhabarkan akan melakukan umrah disamping program lawatan ke universiti sekitar Makkah atau Madinah.

    Sekarang, aku bersama dengan beberapa karkun lain dari universiti lain bersama menunggu masa untuk keluar 4 bulan. Ada dari UTHM, UMS, UKM dan UITM. Semoga ALLAH pilih kami semua. Mungkin ini kali terakhir aku menulis entri kali ini sebelum keluar di jalan ALLAH selama 4 bulan. Mohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Semoga ALLAH pilih kita lagi dan lagi untuk kekal dalam iman dan buat usaha atas iman. Insyaallah.

Tiada ulasan: