Sabtu, 17 April 2010

Persoalan

Berdasarkan entri Kakakku kahwin lagi dan lagi. Ada berapa adik-beradik aku? Berapa lelaki dan berapa perempuan? aku anak keberapa? jawab..jawab...hi..hi..Semoga ALLAH bagi taufik hidayat untuk jawab.





Aku harap entri2 aku sebelum ni dapat la korang ambil manfaat walau sikit dan sedikit sebanyak perkenalkan diri aku. Untuk yang akan datang insyaallah pengisian lebih berfaedah dan berilmiah. Lebih banyak ceritakan pasal sirah nabi2, sahabat2 dan orang2 alim yang lebih banyak bagi manfaat dari sirah hidupku. Insyaallah doakan aku sukses dunia akhirat.

Kakakku kahwin lagi dan lagi(2)

Tanggal 30 januari 2010 .....
               Majlis sebelah lelaki berlangsung di binjai berjuntai bestari, Kuala Selangor. Kami sekeluarga bertolak bersama keluarga sebelah emak. ada dalam 6-7 kereta. Perjalanan ambil masa 3 jam jugak la dari banting ke Kuala Selangor ni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami balik lepas waktu zohor.
               Dan kira2 3 minggu selepas itu kakak saya yang sorang ni pulak kahwin. Kakak ni lebih tua daripada yang baru kahwin ni. Hai..kenapalah tak buat serentak ye masa tu?. Diapun kena menghadap mahkamah atas tujuan yang sama dengan adik dia yang baru kahwin bulan lepasnya. Apapun aku dengar walimah ni pada mulanya nak buat bulan 6. Tapi jadi cepat pulak ke tarikh 26 februari bersamaan dengan tarikh maulidur rasul. Sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa jadi cepat pulak (tak tanya mak pun). Tapi syukur la sekurang2 nya bukan waktu aku keluar 4 bulan IPB. Kalau tak jenuh jugak keluarga aku dan aku nak menjawabnya. Mungkin asbab ALLAH nak permudahkan aku keluar. Walllahua'lam. 
                 Majlis yang cukup ringkas disekalikan dengan sambutan maulidur rasul kg. aku kat masjid. Lepas isyak akad nikah. Kata tok kadi, record kedatangan paling ramai tengok akad nikah (yelah sekali dengan sambutan maulidur rasul). Majlis diakhiri dengan jamuan yang disponsor oleh keluarga aku. Majlis tamat malam tu jugak. Simple kan? . Zaman nabi dulu Rasullulah suruh sahabat2 ambil makanan kat rumah masing2 dan bawa ke rumahnya untuk makan sama2. Inilah walimah Rasulullah. Aku pun nanti nak 'majlis' macam tu jugak la (insyaallah). Simple.
                   Kira2 2 minggu lepas tu dalam tarikh 13 Mac, syarikat kakak aku tu pulak buatkan majlis pulak untuk dia (kakak yang lebih tua ni). Ni la sebabnya tajuk pada entri aku kali ni Kakakku kahwin lagi dan lagi. Rasanya masuk 3 kali aku balik kg. sem ni. Semuanya asbab kahwin. Kekerapan paling tinggi berbanding sem lain. Sem akhir dalam tahun pengajian aku di UTM Skudai. Takpe la,Sekurang2 nya aku boleh ikram keluarga. sebelum keluar 4 bulan.
                     Jadi boleh dikatakan hampir separuh sem aku kali ni dipenuhi dengan fikir pasal kahwin. Mana taknye pergi ceramah2 pun cerita pasal kahwin. Pergi markas pulak cerita pasal usaha masturat (usaha agama kalangan wanita). Lagi2 dah sem2 akhir ni. Apapun ALLAH masih pilih aku untuk fikir atas agama yang mulia ini. Banyak lagi manusia terutama pelajar yang masih jauh dari amalan agama dan dahagakan hidayat. Sekian entri kali ini. Andai terkasar bahasa, terlajak budi bicara. Mohon maaf sangat2. Yang baik dari ALLAH, yang buruk atas kelemahan diri saya. Hakikatnya, keduanya datang dari ALLAH. Wassalam

".Ya Allah berikanlah pada ku istri-istri / suami-suami,yang menjadikan permata hatiku,dan jadikanlah keluarga kami Imam bagi orang-orang yang bertakwa . " ( Q.S Al Furqan 74 ).

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.? (QS. An-Nuur : 32)

Selasa, 6 April 2010

Kakakku kahwin lagi dan lagi(1)

                 Ini satu cerita yang lama pun tak lama sangat. Kira-kira tahun lepas jugak, tanggal 31 Disember 2009, hari Khamis alhamdulillah kakakku selamat diijabkabulakan dengan jejaka pilihannnya yang aku panggil Abang Herman. Majlis ijab kabul sempurna dilaksanakan kat masjid olak lempit, banting selangor (muhalla aku yang belum dihidupkan 5 amal masjid, insyaallah doakan untuk hidup) selepas solat asar. Prosedur kahwin kakak aku agak menyulitkan, memandangkan ayah aku berstatus 'hilang'. Jadi perlu mohon wali hakim dan kena naik mahkamah untuk tujuan tersebut. Kalau ayah aku berstatus 'meninggal' mungkin aku atau abang sulung aku atau adik bongsu aku pulak yang menjadi wali sebab dua2 datuk aku sebelah mak dan ayah aku dah meninggal. Agak2 nya apa status ayah aku sekarang? Wallahua'alam.
                 Majlis walimah dah start sejak malam tu lagi sambil menanti New year 2010 (tak sambut pun) dan tamat secara rasminya tahun depannya 2 januari 2010 (lusanya) hari Sabtu. 4 Januari 2010 adalah waktu persekolahan bermula dan begitu jugak dengan waktu start kuliah balik untuk universiti. Jadi aku pun terpaksa balik Johor semula untuk habiskan sem terakhir aku (yehoo) manakala kakak aku yang kahwin ni cikgu sekolah dan aku rasa dia kena balik jugak untuk lakukan tugasan dia. Hai kesian. Bermula alam mengajar tahun baru 2010 dia dengan 'dunia baru'. Pada masa yang sama jugak kakak aku yang bawah dia ni baru habis KPLI dan diposting ke pontian sebagai guru. Mentang2 mak bapak cikgu. Anak2 pun jadi cikgu jugak. 
               Apapun cerita kahwin tak habis kat sini. Kira2 hampir sebulan jugak, ada kenduri sebelah pihak lelaki pulak yang mula2 dengar tak nak dibuat. Apapun for my family, aku balik jugak ke kampung dengan kakak aku yang kat Pontian tu untuk tujuan tersebut . Dijadikan cerita on the way balik aku kena tinggal dengan bas masa berhenti kat perhentian sebelah (kakak aku naik bas lain).Ceritanya aku qasar jap solat asar pastu aku pegi tandas jap. Keluar tandas bas dah gerak kat depan.Pergh!!!  tapi Alhamdullillah dengan takdir Allah aku tumpang bas lain and berjaya 'make it through'. Bas tu berhentikan aku kat tepi jalan sebab bas tu pegi klang dan aku turun Seremban. Aku pun bergegas pergi ke terminal Seremban untuk cari bas tu sebab bag aku yang berisi laptop tertinggal kat situ. Hanya tuhan saje yang tahu perasaan aku ketika itu. Tapi sebenarnya aku rasa rilek je.Mungkin cinta kat makhluk tu (laptop) takde kot. Apapun dipendekkan cerita aku sempat mendapatkan bag aku balik semula dengan selamatnya. ALHAMDULILLAH.
                  Walaubagaimanapun, jam dah menunjukkan kira2 8.00 malam, sedangkan aku janji ngan kakakku yang kat pontian tu jam 7.00 malam kat Seremban. Dia dah sampai NiLAI. Aku bergegas ke KTM untuk ke Nilai. Masa tunggu kat stesen KTM tu aku sempat jama' dan qasar solat maghrib dan isyak aku. Sampai2 kat Nilai aku rasa dalam jam 9.30 malam. Abang iparku (suami kakak yang lain) dan kakakku tengah tunggu. Diaorang mesti dah tunggu lama. Segala persoalan yang dilemparkan masa perjalanan balik dalam kereta kenapa aku lambat aku tak jawab memandangkan ke'tension'nan yang aku alami sepanjang perjalan balik. Bersambung la pulak ke entri lain.......