Jumaat, 26 Mac 2010

             Hari ini 27 Mac insyaallah aku akan keluar 1 1/2 hari dan esok 28 Mac ada JORR perhimpunan pelajar islam UTM di Masjid Seri Pulai. Majlis bermula kira2 jam 10 pagi hingga Zohor. Lepas zohor ada sedikit jamuan.Tujuan majlis untuk beri penerangan bagaimana kita usahakan iman yang sempurna dan betul pada ALLAH dan sediakan diri kita untuk tujuan tersebut. Muslimin only invited. Wassalam....... 

Teater Sabri Yunus di Pesta Konvo UTM

                 Malam tadi tanggal 26 Mac 2010 aku sempat berkunjung ke pesta konvo dalam kesibukan masa yang ada dengan assignment dan (projek sarjana muda)psm. Apa yang aku kira menarik adalah persembahan teater daripada Sabri Yunus yang aku tak berapa pasti tajuknya tapi yang pasti ia berkaitan kisah Ka'ab Bin Malik r.anhu tidak menyertai Peperangan Tabuk.
                 Sabri Yunus dilihat cuba membawa perasaan sedih dan kekesalan Ka'ab Bin Malik terhadap perbuatannya itu. Dalam kitab Fadha'il Amal ada menceritakan kisah ini yang mana ketika itu terdapat dua orang lagi sahabat yang tak menyertai peperangan itu iaitu Murah bin Rabi' dan Hilal bin Umaiyah. Kesemua mereka adalah ahli Badar.
                 Dipendekkan cerita, mereka dipulau (orang ramai dilarang bercakap dengan mereka bertiga) selama 50 hari. Dalam tempoh itu mereka bertiga cukup sedih. Antara peristiwa yang berlaku adalah pada hari ke-40 pemulauan datang perintah nabi supaya mengasingkan isteri, Raja Ghassan beragam Nasrani menghantar surat kepada Ka'ab bin Malik menawarkan bantuan dan pelbagai lagi sehingga datanglah perintah ALLAH membebaskan mereka dari pemulauan tersebut dan ALLAH menerima taubat mereka.
                  The moral of the story, lihatlah kesungguhan para sahabat terhadap segala perintah ALLAH dan rasulNya. Sehingga ada yang sanggup mengorbankan mengorbankan kemewahan akibat tidak melaksanakan perintah ALLAH dan rasulNya. Bagaimana kita hari ini umat islam dalam menjunjung perintah ALLAH dan rasulNya. 
            Bagaimana pula kita jika diletakkan di tempat Ka'ab bin Malik. Apa yang anda akan buat sekiranya tak semena-mena masyarakat atau rakan jemaah kita pulaukan kita atas tabiat buruk atau kesalahan yang kita lakukan. Adakah kita akan memohon ampun pada ALLAH @ mengikut ajakan musuh ALLAH supaya bersama mereka menentang Islam (na'uzubillah). Fikir2kan. Semoga ALLAH bagi taufik hidayat untuk kita sama2 amal dan sampaikan. 

Khamis, 25 Mac 2010

Solat hajat FKBSK di Surau Asy-syakirin KTC

                Tanggal 24 mac 2010, jam 7.00 hingga 9.00 telah diadakan satu majlis solat hajat Fakulti aku, Fakulti Bioperubatan dan sains kesihatan (FKBSK) sempena menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang 2 minggu lagi. Pada masa yang sama diadakan iftar KRU kat bahagian bawah surau. Lepas maghrib majlis mula dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Nasir Masroom dari HEP. Pengisiannya agak berkesan iaitu berkaitan prinsip TAWAKAL. Aku taklah ingat segala pengisiannya memandangkan aku 'buat2 kuat ingatan' dengan tak mengambil sebarang catatan. 

                Ok la apa yang aku ingat adalah bagaimana tawakalnya kita harus seperti burung yang mencari makan di waktu pagi kemudian pulang dengan perut yang kenyang. Ini sebenarnya petikan dari ayat quran yang aku tak berapa ingat ayatnya. Kemudian yang aku ingat beliau membahagikan yakin kepada beberapa bahagian iaitu antaranya mengetahui dengan mengetahui sifat2 ALLAH, yakin betul dengan asbab yang ada (yakin yang salah), yakin betul dengan kekuasaan ALLAH, sangka baik dengan ALLAH dan lain2.

                      Secara ringkasnya apa yang beliau nak bagitau adalah bahawa keyakinan harus diletakkan betul2 hanya kepada ALLAH. Walaupun dari segi lumrah rajin usaha dapat hasil, api panas, air sejuk dsb tetapi belum jadi satu jaminan dengan asbab sesuatu akan berlaku mengikut sangkaan kita. Boleh jadi ada orang rajin dapat result rendah, begitu juga sebaliknya, yang cantik kahwin lambat dan lain2. Jangan sekali2 keyakinan diletakkan 100 peratus pada asbab. Itu namanya overconfident (ustaz cakap). Contoh orang minta kerja dia ingat bila dah penuhi segala kriteria satu2 jawatan tu tapi bila minta pula boleh tak dapat. Rezeki semua di tangan ALLAH. 

                          TAWAKAL yang dibuat juga mesti disertai amalan atau usaha. Contoh diberi mafhum satu hadis nabi apabila seorang badwi bertanya nabi sama ada tinggalkan unta tanpa tali diikat pada tiang atau diikat? Nabi menjawab diikat dan bertawakallah. Kesimpulannya, letakkan lah keyakinan tanpa berbelah bagi pada ALLAH tidak kurang walau 0.01 peratus dalam mengerjakan segala usaha kita terutama student yang nak ambil periksa dalam waktu terdekat ini. - Maka apabila kamu berazam maka bertawakallah - 

p/s : majlis habis lepas isyak lepas solat hajat, penyampaian hadiah dan jamuan ~ SEKIAN 

Jumaat, 19 Mac 2010

satu catatan...

   Aku pun tak tau macam mana aku boleh rasa nak buat blog ni. Mungkin sedikit teruja bila tengok blog-blog yang ada sekarang ni lebih-lebih lagi yang sentuh bab-bab agama ni. Kat blog ni aku akan cuba share apa sahaja yang aku dapat melalui pengalaman dan ilmu yang aku ada. Apapun aku masih harap nasihat dari semua.

Link2 yang ada kat blog ni kebanyakannya mereka yang terlibat dengan usaha dakwah dengan pelbagai kefahaman yang aku kutip dari satu blog ke satu blog. Moga kita sama2 dapat manfaat dari mereka semua. List Blog budak2 baik kebanyakan budak2 UTM Skudai yang aku kenal, yang punya fikrah tertentu dalam usaha dakwah manakala rakan seusaha pulak mereka yang ada kena mengena dengan usaha 'tabligh'.

 Aku asingkan bukan nak merendahkan ataupun menidakkan antara satu sama lain. Melainkan supaya kita mudah memahami perbezaan kefahaman masing2 dalam sesuatu perkara. Aku akan cuba upgrade blog ni dari masa ke masa. Maklumlah baru belajar2 NAK JADI BAIK. Akhir kata doakan aku yang serba lemah ini supaya istiqamah dalam usaha agama. Doakan MOHD FATAKHULRAZIK BIN MISWAN supaya Allah terima keluar 4 bulan IPB habis belajar april Insyaallah. Amin......

Isnin, 1 Mac 2010

NAK JADI BAIK

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam buat junjungan baginda dan para sahabat, tabi' tabi'in dan mereka yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat.

Kita diperintahkan untuk berlaku baik dan Allah menyukai orang yang berlaku baik. Dalam satu mafhum hadis ada bagitau sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan sahaja Allah bagi satu pahala kebaikan sempurna. Kalau buat, Allah gandakan 10 hingga 700 kali ganda pahala. Kalau niat nak buat jahat, tapi tak buat Allah tak catatkan. Jika buat dapat satu dosa. Jika batalkan niat jahat pulak dapat satu pahala.
Tak ke pemurahnya Allah itu dan untungnya kita. Semoga Allah letakkan kita sentiasa dalam kebaikan dan penghujung hayat kita dengan husnul khatimah. Amin........