Selasa, 6 April 2010

Kakakku kahwin lagi dan lagi(1)

                 Ini satu cerita yang lama pun tak lama sangat. Kira-kira tahun lepas jugak, tanggal 31 Disember 2009, hari Khamis alhamdulillah kakakku selamat diijabkabulakan dengan jejaka pilihannnya yang aku panggil Abang Herman. Majlis ijab kabul sempurna dilaksanakan kat masjid olak lempit, banting selangor (muhalla aku yang belum dihidupkan 5 amal masjid, insyaallah doakan untuk hidup) selepas solat asar. Prosedur kahwin kakak aku agak menyulitkan, memandangkan ayah aku berstatus 'hilang'. Jadi perlu mohon wali hakim dan kena naik mahkamah untuk tujuan tersebut. Kalau ayah aku berstatus 'meninggal' mungkin aku atau abang sulung aku atau adik bongsu aku pulak yang menjadi wali sebab dua2 datuk aku sebelah mak dan ayah aku dah meninggal. Agak2 nya apa status ayah aku sekarang? Wallahua'alam.
                 Majlis walimah dah start sejak malam tu lagi sambil menanti New year 2010 (tak sambut pun) dan tamat secara rasminya tahun depannya 2 januari 2010 (lusanya) hari Sabtu. 4 Januari 2010 adalah waktu persekolahan bermula dan begitu jugak dengan waktu start kuliah balik untuk universiti. Jadi aku pun terpaksa balik Johor semula untuk habiskan sem terakhir aku (yehoo) manakala kakak aku yang kahwin ni cikgu sekolah dan aku rasa dia kena balik jugak untuk lakukan tugasan dia. Hai kesian. Bermula alam mengajar tahun baru 2010 dia dengan 'dunia baru'. Pada masa yang sama jugak kakak aku yang bawah dia ni baru habis KPLI dan diposting ke pontian sebagai guru. Mentang2 mak bapak cikgu. Anak2 pun jadi cikgu jugak. 
               Apapun cerita kahwin tak habis kat sini. Kira2 hampir sebulan jugak, ada kenduri sebelah pihak lelaki pulak yang mula2 dengar tak nak dibuat. Apapun for my family, aku balik jugak ke kampung dengan kakak aku yang kat Pontian tu untuk tujuan tersebut . Dijadikan cerita on the way balik aku kena tinggal dengan bas masa berhenti kat perhentian sebelah (kakak aku naik bas lain).Ceritanya aku qasar jap solat asar pastu aku pegi tandas jap. Keluar tandas bas dah gerak kat depan.Pergh!!!  tapi Alhamdullillah dengan takdir Allah aku tumpang bas lain and berjaya 'make it through'. Bas tu berhentikan aku kat tepi jalan sebab bas tu pegi klang dan aku turun Seremban. Aku pun bergegas pergi ke terminal Seremban untuk cari bas tu sebab bag aku yang berisi laptop tertinggal kat situ. Hanya tuhan saje yang tahu perasaan aku ketika itu. Tapi sebenarnya aku rasa rilek je.Mungkin cinta kat makhluk tu (laptop) takde kot. Apapun dipendekkan cerita aku sempat mendapatkan bag aku balik semula dengan selamatnya. ALHAMDULILLAH.
                  Walaubagaimanapun, jam dah menunjukkan kira2 8.00 malam, sedangkan aku janji ngan kakakku yang kat pontian tu jam 7.00 malam kat Seremban. Dia dah sampai NiLAI. Aku bergegas ke KTM untuk ke Nilai. Masa tunggu kat stesen KTM tu aku sempat jama' dan qasar solat maghrib dan isyak aku. Sampai2 kat Nilai aku rasa dalam jam 9.30 malam. Abang iparku (suami kakak yang lain) dan kakakku tengah tunggu. Diaorang mesti dah tunggu lama. Segala persoalan yang dilemparkan masa perjalanan balik dalam kereta kenapa aku lambat aku tak jawab memandangkan ke'tension'nan yang aku alami sepanjang perjalan balik. Bersambung la pulak ke entri lain.......

Tiada ulasan: