Jumaat, 26 Mac 2010

Teater Sabri Yunus di Pesta Konvo UTM

                 Malam tadi tanggal 26 Mac 2010 aku sempat berkunjung ke pesta konvo dalam kesibukan masa yang ada dengan assignment dan (projek sarjana muda)psm. Apa yang aku kira menarik adalah persembahan teater daripada Sabri Yunus yang aku tak berapa pasti tajuknya tapi yang pasti ia berkaitan kisah Ka'ab Bin Malik r.anhu tidak menyertai Peperangan Tabuk.
                 Sabri Yunus dilihat cuba membawa perasaan sedih dan kekesalan Ka'ab Bin Malik terhadap perbuatannya itu. Dalam kitab Fadha'il Amal ada menceritakan kisah ini yang mana ketika itu terdapat dua orang lagi sahabat yang tak menyertai peperangan itu iaitu Murah bin Rabi' dan Hilal bin Umaiyah. Kesemua mereka adalah ahli Badar.
                 Dipendekkan cerita, mereka dipulau (orang ramai dilarang bercakap dengan mereka bertiga) selama 50 hari. Dalam tempoh itu mereka bertiga cukup sedih. Antara peristiwa yang berlaku adalah pada hari ke-40 pemulauan datang perintah nabi supaya mengasingkan isteri, Raja Ghassan beragam Nasrani menghantar surat kepada Ka'ab bin Malik menawarkan bantuan dan pelbagai lagi sehingga datanglah perintah ALLAH membebaskan mereka dari pemulauan tersebut dan ALLAH menerima taubat mereka.
                  The moral of the story, lihatlah kesungguhan para sahabat terhadap segala perintah ALLAH dan rasulNya. Sehingga ada yang sanggup mengorbankan mengorbankan kemewahan akibat tidak melaksanakan perintah ALLAH dan rasulNya. Bagaimana kita hari ini umat islam dalam menjunjung perintah ALLAH dan rasulNya. 
            Bagaimana pula kita jika diletakkan di tempat Ka'ab bin Malik. Apa yang anda akan buat sekiranya tak semena-mena masyarakat atau rakan jemaah kita pulaukan kita atas tabiat buruk atau kesalahan yang kita lakukan. Adakah kita akan memohon ampun pada ALLAH @ mengikut ajakan musuh ALLAH supaya bersama mereka menentang Islam (na'uzubillah). Fikir2kan. Semoga ALLAH bagi taufik hidayat untuk kita sama2 amal dan sampaikan. 

Tiada ulasan: